Monday, August 27, 2012

#TwtUpBerayaBersamaAnakYatim

ASSALAMUALAIKUM , 

Hari ini saya terpanggil untuk memberitahu kepada seluruh rakyat malaysia tentang adanya #TwtUpBerayaBersamaAnakYatim ...

sebelum saya merepek ke itu ini , mari kita bersama - sama mengetahui sedikit sebanyak apa itu MAKSUD *anak yatim , anak yatim di dalam bahasa english berbunyi *orphanage* <--- ini semua orang pun tahu kan kan ? , tapi mengikut ISTILAH pula anak yatim ini bermaksud kanak - kanak yang belum baligh dan kemudian dia telah kehilangan atau kematian salah satu sama ada IBU ataupun BAPAnya , tapi berbeza pula dengan ANAK YATIM PIATU , istilah anak yatim piatu ialah di mana kanak - kanak yang belum baligh yang kemudiannya telah kehilangan kedua orang tuanya iaitu ibu dan bapanya , okey wahai saudara dan saudari sekalian , adakah anda tahu akan hal itu , sama - sama kita berkongi ilmu :)

Renungan bersama : rasulullah s.a.w bersabda , maksudnya sebaik - baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang di asuh dengan baik dan sejahat - jahat rumah kaum muslimin ialah yang ada anak yatim selalu diganggu dan disakiti hatinya . "riwayat ibnu majah" .


Tujuan besar saya mengpostkan title yang berbunyi #TwtUpBerayaBersamaAnakYatim di sini pada hari ini adalah ingin menjemput anda semua yang prihatin terhadap mereka anak yatim rumah titian kasih untuk bersama - sama kita turun memeriahkan majlis BERSOSIAL SAMBIL BERAMAL pada 8 SEPTEMBER 2012 bersama anak muda di twitter , facebook , blogger dan segala social networking , kehadiran anda amat kami hargai , ayuh saudara saudari sekali kita hadirkan diri pada hari tersebut merasa nikmat berhari raya dengan mereka yang memerlukan kita .

#TwtUpBerayaBersamaAnakYatim 
BERTEMPAT DIRUMAH TITIAN KASIH , TASIK TITIWANGSA , KUALA LUMPUR 
JAM 2 PM - 6 PM 
BAYARAN - RM 35 SEORANG 

Untuk pengetahuan bayaran dikenakan kerana majlis ini tiada sumbangan atau penaja daripada pihak luar , oleh itu bayaran dikenakan sebanyak rm 35 untuk  beraneka kuih muih , makanan dan minuman bersertakan derma kepada rumah ttitian kasih ..

Mungkin bagi saudara dan saudari bayaran ini dikenakan agak terlalu mahal , tapi tahukah kenangan yang kita bakal lalui pada majlis ini sebenarnya tidak ternilai hargainya , terlalu mahal , sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima , rezeki itu datangnya daripada allah swt .

Selain itu kepada rakyat Malaysia daripada seluruh negeri temasuk dari Perlis hingga ke Johor Baru anda juga kami alu-alukan , tidak lupa juga kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap majlis bersosial sambil beramal ini yang ingin memberi sumbangan sedikit sebanyak kepada penghuni RUMAH TITIAN KASIH amat kamu hargai ..


Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta bersama saya MIRA NIRWANI BINTI MOHAMAD atau lebih dikenali sebagai ratu amiera (owner blogger ) , anak muda twitter dan lain-lain boleh berhubung dengan saya atau crew-crew saya yang setia menjalankan tugas .


twitter - @ratu_amiera - https://twitter.com/ratu_amiera
twitter - @AmeirulScha - https://twitter.com/AmeirulScha
twitter - @shahgreen24 - https://twitter.com/ShahGreen24
twitter - @AizatSharnaaz - https://twitter.com/AizatSharnaaz
twitter - @farrahyong - https://twitter.com/farrahyong
twitter - @KhaiAzahari - https://twitter.com/KhaiAzahari

Anda juga boleh klik hastags #TwtUpBerayaBersamaAnakYatim di twitter kerana di situ ramai crew-crew yang ada untuk sebarang pertanyaan .

Anda join kami atau tidak , sila follow blogger ini pada sesiapa yang belum follow , like and leave comment anda di bawah ini jika anda sudi , terima kasih atas kerjasama anda semua , rakyat Malaysia yang sangat prihatin --- > KITA SATU MALAYSIA :)

saya TUTUP dengan mempersembahkan LOGO RUMAH TITIAN KASIH TASIK TITIWANGSA :)




7 comments:

  1. Salam Raya. Dari awieomar.blogspot datang mengadap. Baru follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri. Hanya follow blog "Awie Omar" dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan. Harap sudi la menyertainya :)

    ReplyDelete
  2. bc sambil dengar music background...terkenang nasib orang di rumah titian kasih...huhu...;'(


    jom join contest saya : http://bluepinkiey.blogspot.com/2012/08/contest-menangi-hadiah-berupa-wang-rm60.html

    ReplyDelete
  3. yan saflina : hehe sayu aje kan ? btw thanks for read :*

    ReplyDelete
  4. ; salam aidilfitri,
    fatin zaini follow u here ! :)

    <3 http://www.fatinzaini.com/ <3

    ReplyDelete